Liku-Liku Sejarah Penubuhan Malaysia



Hari Malaysia yang disambut pada setiap 16 September oleh negara kita bukanlah sekadar hari cuti umum yang biasa kita lalui.Ia merupakan hari kelahiran sebuah negara baru bernama Malaysia.

Malaysia merupakan percantuman Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.Antara tujuan utama penubuhan ialah:

  1. Menyekat pengaruh komunis yang semakin tersebar di Asia Tenggara
  2. Mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak
Jika diikutkan, British membenarkan sahaja Sabah dan Sarawak untuk merdeka namun akibat ketidakstabilan politik dan perkembangan ekonomi di sana, hasrat untuk merdeka mungkin terpaksa ditangguhkan untuk tempoh 5-10 tahun lagi.Oleh itu, Tunku Abdul Rahman ingin mempercepatkan kemerdekaan tersebut.

Namun sebenarnya, penubuhan Malaysia lebih sukar daripada mahu merdeka dari British.


Pada peristiwa kemerdekaan, kita hanya perlu berdepan dengan British sahaja dan kita berjaya merdeka hanya melalui rundingan namun tidak ketika menubuhkan Malaysia.Kita terpaksa berdepan dengan tekanan dari negara-negara jiran.Malah solusi melalui rundingan dilihat seolah-olah tertutup.

Presiden Sukarno mahu menubuhkan Indonesia Raya di mana Tanah Melayu dan Borneo turut terlibat.Beliau mengambil inspirasi daripada kejayaan Empayar Majapahit yang masyhur dengan keluasan wilayah yang luas.

Filipina pula menuntut Sabah sebagai wilayahnya atas alasan Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu pada suatu ketika dahulu.


Indonesia dan Filipina bertindak membantah pembentukan Malaysia dan mengatakan bahawa penubuhan itu tidak sah dan menghantar aduan kepada PBB namun ditolak sekaligus penubuhan Malaysia adalah rasmi dan sah di sisi undang-undang.

Indonesia bertindak memberi respon selepas itu dengan menyerang dan membakar kedutaan Malaya (kini Malaysia) di Jakarta.

Rakyat Malaysia yang bersifat patriotik pun membalas dengan berdemo di hadapan bangunan kedutaan Indonesia.Di sini terdapat tumpuan di mana Sammy Velu dan Khalid Yunus bertindak menurunkan bendera Indonesia di bangunan tersebut lalu menaikkan dan mengibarkan bendera Malaysia!


Sukarno tak berpuas hati apabila Tunku nak menubuhkan Malaysia kerana pelan tersebut akan menggagalkan usahanya nak menubuhkan Indonesia Raya.

Dia juga menuduh pembentukan Malaysia sebagai boneka British untuk mengepung Indonesia dan sebagai bentuk nekolonisme yang baru.Lantas, beliau mengisytiharkan konfrontasi kepada Malaysia pada 1963.


Kawasan yang bersempadan dengan Indonesia menjadi sasaran utama mereka macam Serian, Sarawak dan Tawau, Sabah.

Tawau menerima serangan yang paling teruk pada 29 Disember 1963 namun berkat kegagahan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), serangan berjaya dipatahkan.


Malaysia mendapatkan bantuan ketenteraan melalui British dan negara-negara Komanwel seperti Australia dan New Zealand.Kehebatan RAMD juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran perajurit yang handal seperti Kanang anak Langkau, anak jati Sarawak.

Kegagalan di Borneo menyebabkan Sukarno beralih ke semenanjung.Tentera Indonesia mendarat di Labis dan Pontian, Johor namun dengan mudah RAMD dan askar Gurkha (askar Nepal yang berkhidmat untuk British) menumpaskan mereka.

Rakyat berasa tidak berpuas hati dengan tindakan Sukarno yang pro-komunis.Pada 30 September 1965, Sukarno digulingkan oleh General Suharto.Suharto diangkat sebagai presiden Indonesia ke-2.



Pada 11 Ogos 1966, Indonesia menamatkan konfrontasi dengan Malaysia dan perjanjian damai diadakan dengan Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Indonesia, Adam Malik.Setahun selepas itu, ASEAN pun ditubuhkan.



Comments